Saturday 15 December 2012

Pengajaran Pecahan Tahun 2



AKTIVITI 1
i.              Tema
Potong Sama Rata

ii.            Tajuk
Pecahan

iii.           Hasil Pembelajaran
Murid berupaya untuk mengenalpasti satu perdua dan satu perempat dengan menggunakan perkataan “setengah”, “separuh” dan “suku” dengan menggunakan bahan konkrit, lipatan kertas dan gambar.

iv.           Pengetahuan Sedia Ada
Murid pernah dengar perkataan setengah, separuh dan suku dalan kehidupan harian mereka.

v.            Langkah-langkah
Langkah 1 ( 10 minit 

a. Murid ditunjukkan dengan  buah oren.





b. Murid memotong oren tersebut kepada 2 bahagian yang sama besar dan diminta menamakan bahagian yang terhasil. Guru menegaskan setiap satu bahagian yang terhasil sebagai separuh atau satu perdua. Separuh atau satu perdua bermaksud satu daripada dua. Guru juga menegaskan jika bahagian yang dipotong tidak sama besar ia tidak boleh disebut separuh atau setengah.

                     c.        Murid mengeluarkan pizza mini yang di bawa.
 


d.    Murid dibimbing memotong pizza tersebut kepada 4 bahagian yang sama besar.



a.    Murid diminta menamakan bahagian yang terhasil. Guru menegaskan bahawa setiap bahagian yang terhasil dinamakan suku atau satu perempat. Suku atau satu perempat bermaksud satu daripada empat. Guru juga menegaskan jika bahagian potongan tidak sama besar, ia tidak boleh dikata suku.

                Langkah 2 (25 minit)
a.    Setiap murid diedarkan dengan 4 keping kertas pelbagai bentuk (Set A) dan menjawab soalan-soalan lisan yang diajukan.



b.    Murid dibimbing membuat lipatan kertas bagi menunjukkan “setengah” atau “separuh” atau satu perdua. Murid melukis garisan pada kesan lipatan tadi.





c.    Murid mewarna separuh daripada bahagian bentuk tersebut.



d.    Murid mempamerkan hasil kerja murid. Guru menegaskan bahawa murid boleh mewarna mana-mana satu bahagian pada setiap kepingan kertas untuk mendapatkan nilai separuh atau setengah atau satu perdua.
e.    Murid diedarkan 3 keping kertas pelbagai bentuk (Set B).



f.    Murid dibimbing membuat lipatan kertas bagi menunjukkan “suku” atau satu perempat. Murid melukis garisan pada kesan lipatan tadi.




g.    Murid mewarna suku daripada bahagian-bahagian bentuk tersebut.



a.    Murid mempamerkan hasil kerja mereka. Guru menegaskan bahawa murid boleh mewarna mana-mana satu bahagian pada setiap kepingan kertas untuk mendapatkan nilai suku atau satu perempat.

Langkah 3.(5 minit)
a.    Murid diedarkan Lembaran Kerja 1 dan Lembaran Kerja 2 secara individu.
b.    Murid menjawab kesemua soalan.

i.              Bahan Pengajaran
Objek konkrit: Buah oren, pizza mini, kepingan kertas pelbagai bentuk Set A, kepingan kertas pelbagai bentuk Set B.

ii.            Penilaian
Penilaian dibuat berdasarkan keupayaan murid menjawab soalan pada Lembaran Kerja 1 dan Lembaran Kerja 2 (Rujuk Lampiran 1 dan 2). Murid perlu betul kesemua soalan yang diberikan sebelum bergerak ke kemahiran berikutnya.

iii.           Jangkaan Refleksi
Masa yang diperuntukkan mungkin tidak mencukupi kerana kebanyakan murid tahun 1 memerlukan bimbingan daripada guru untuk melakukan sesuatu aktiviti berorientasikan bahan konkrit. Tambah pula, ramai murid tahun 1 yang belum tahu bagaimana teknik melipat kertas dengan tepat untuk menghasilkan bahagian yang sama besar. Aktiviti memotong buah oren atau pizza mungkin dilakukan oleh guru sahaja di hadapan kelas untuk mengelakkan bahaya jika murid sendiri yang menggunakan pisau. Bagi membantu murid memahami konsep pecahan dengan tepat, guru perlu menegaskan secara berulang kali bahawa dalam pecahan, setiap bahagian mestilah sama besar, separuh atau setengah maksud satu daripada dua manakala satu perempat pula bermakna satu daripada empat. Ini adaah penting untuk memastikan semua murid membuat lipatan yang tepat iaitu sama besar dan mewarna satu bahagian sahaja bagi setiap  kepingan kertas tadi. Jika masih ada murid yang tidak melipat kertas kepada bahagian-bahagian yang sama besar serta mewarna lebih daripada satu bahagian pada setiap kepingan kertas, murid tersebut perlu dibimbing untuk memperbetulkan kesilapannya dengan segera.


AKTIVITI 2
i.              Tema
Bina Blok Pecahan

ii.            Tajuk
                   Pecahan
iii.           Hasil Pembelajaran
Murid berupaya untuk:
Menulis pecahan tidak wajar yang pengangkanya ialah 1 dan penyebutnya  hingga 10 apabila disebut dan mengikut lorekan pada gambarajah.

iv.           Pengetahuan Sedia Ada
1)    Murid telah belajar menyebut dan menamakan pecahan wajar satu perdua, satu pertiga, satu perempat, satu perlima, satu perenam, satu pertujuh, satu perlapan, satu persembilan dan satu persepuluh.
2)    Melorek dan mewarnakan gambar rajah mengikut pecahan yang diberi.

v)            Langkah-langkah
Langkah 1 ( 25 minit)
a.    Murid secara berpasangan, dibimbing membina gambarajah pecahan dengan menggunakan “table” pada Microsoft word mengikut langkah berikut:
1)    Klik dua kali pada ikon Microsoft  word.
2)    Klik tetingkap Insert
3)    Klik Table  dan pilih Insert Table
4)    Masukkan 2 pada Number of columns dan 1 pada Number of rows. Kemudian, tekan OK.
 5)    Murid boleh memilih warna yang digemari untuk mewarnakan bahagian tersebut.
     
 




6) Pecahan wajar yang telah dibina oleh murid ialah satu perdua atau 1
                                                                                                                                        2

                        7) Murid membina gambarajah untuk pecahan 1, 1, 1, 1, 1,
                                                                                                    3 4  5  6  7

                           1, 1, dan  1  .
                           8  9         10



Langkah 2 ( 10 minit)
a.    Murid menonton tayangan slaid powerpoint.
b.    Murid meneliti bentuk penulisan bagi pecahan wajar satu perdua, satu pertiga, satu perempat, satu perlima, satu perenam, satu pertujuh, satu perlapan, satu persembilan dan satu persepuluh berdasarkan gambarajah pada slaid.
c.    Murid menyebut setiap pecahan pada slaid-slaid yang ditayangkan.

Langkah 3 ( 5 minit)
a.    Murid melengkapkan latihan pada Lembaran Kerja 3 yang diedarkan.

v)            Bahan Pengajaran
Teknologi: Komputer, LCD projektor, Perisian Microsoft word dan Slaid-slaid PowerPoint (Rujuk Lampiran 5).

vi)           Penilaian
Penilaian dibuat berdasarkan keupayaan murid menjawab soalan pada Lembaran Kerja 3. (Rujuk Lampiran3). Murid perlu betul kesemua soalan yang diberikan sebelum bergerak ke kemahiran berikutnya.

vii)          Jangkaan Refleksi
Masa yang diperlukan untuk menyelesaikan langkah 1 mungkin lebih daripada yang diperuntukkan. Ini kerana walapun murid sudah biasa menggunakan komputer di rumah, namun mereka kurang biasa dengan perisian Microsoft word  atau menggunakannya untuk membina jadual. Untuk menjimatkan masa, setiap pasangan murid tidak perlu membina kesemua sepuluh gambarajah. Murid boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan. Mana-mana pasangan yang berada berada Kumpulan A dikehendaki membina gambarajah bagi 1, 1 dan 1.
                                                                2  5        8

Kumpulan B membina gambarajah bagi 1, 1 dan 1 .
                                                                  3  6       9 


Kumpulan C membina gambarajah bagi 1, 1, dan 1 .
                                                                  4  7        10


Bimbingan yang lebih perlu diberikan bagi murid yang kurang mahir dalam menyiapkan tugasan ini. Namun, murid pasti berasa teruja mengikuti aktiviti ini kerana murid memang suka menggunakan komputer malah murid diberikan kebebasan untuk mencuba pelbagai warna bagi mewarna pecahan pada gambarajah yang mereka bina.

 
 





4 comments:

  1. Izinkan saya guna untuk pdp di sekolah saya .. tq cikgu ..

    ReplyDelete
  2. perkongsian ilmu yg menarik.tq cikgu

    ReplyDelete
  3. perkongsian ilmu yg menarik.tq cikgu

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian....menarik ilmunya

    ReplyDelete