Thursday 13 December 2012

Miskonsepsi Isipadu Cecair Tahun 1



Kesukaran:
Menganggar isipadu cecair dalam unit mililiter dan liter di kalangan murid tahun 2.
Contoh soalan:
Warnakan anggaran isipadu cecair yang sesuai bagi gambar yang diberi.



Kesalahan yang biasa dilakukan oleh murid:
Terdapat ramai juga murid yang tidak dapat menganggar isipadu minuman yang boleh diisi di dalam cawan yang biasa digunakan di rumah. Mereka memilih jawapan 750ml bagi isipadu cawan tersebut.

Penyelesaian yang sepatutnya:
Langkah penyelesaian:
1.         Murid diberikan aktiviti meneroka isipadu pelbagai bekas yang biasa terdapat di rumah.  Murid diminta mencari dan menyenaraikan bekas dan isipadunya bagi pelbagai barang yang terdapat di rumah mereka dan melaporkannya pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang berikutnya. Bekas-bekas yang biasa terdapat di rumah dan telah dilabel dengan isipadunya ialah:                                   
botol kicap
botol minyak masak
botol minuman kultur
botol syampu
kotak susu
botol air mineral
tin susu
balang kaca madu

2.         Bagi bekas-bekas yang tidak mempunyai label isipadu seperti cawan, gelas, mangkuk dan sebagainya, beri murid peluang menyukat isipadu cecair yang boleh diisi dalam bekas-bekas tersebut.
3.       Murid dihahagikan kepada kumpulan kecil. Setiap kumpulan diberikan cawan, gelas, mangkuk, sudu, jag dan bikar. Murid mengisi air ke dalam cawan hingga penuh dan menuangnya ke dalam bikar yang sesuai. Murid mencatatkan isipadu air bagi cawan itu (Rujuk Lampiran 5). Murid mengulanginya untuk bekas-bekas lain.
4.       Murid ditunjukkan beberapa bekas lain yang tidak disukat isipadunya. Murid diminta membandingkannya dengan isipadu bekas-bekas yang telah disukat dalam langkah sebelum ini dan menganggarkan isipadu bekas yang baru ditunjukkan ini (Rujuk Lampiran 6) dengan memilih kad jawapan yang betul.
4.       Murid ditegaskan bahawa bekas kecil mempunyai isipadu yang kecil dan sebaliknya. Murid juga ditegaskan bahawa unit mililiter digunakan untuk sukatan isipadu yang sedikit manakala unit liter digunakan untuk sukatan isipadu yang banyak.

         Setelah murid mengetahui isipadu sesuatu bekas, barulah murid dapat menganggar isipadu    bagi bekas-bekas lain  yang hampir sama saiz dengan bekas pernah mereka sukat.






No comments:

Post a Comment