SEMINAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN 2017

Saya akan membuat pembentangan di Seminar Kebangsaan Amalan Pendidikan Terbaik 2017 pada 2 Disember 2017, Sabtu, bertempat di Hotel Grand Court, Teluk Intan.
Rezeki saya... sebanyak 137 abstrak telah diterima oleh pihak penganjur namun 48 sahaja yang terpilih dan salah satu daripadanya adalah abstrak saya.

Pada awalnya, saya diberikan kategori pembentangan poster selama 80 minit di booth pameran yang disediakan. Saya perlu membawa bahan lengkap berkaitan tajuk pembentangan saya untuk pembentangan poster, sama seperti semasa pertandingan inovasi.
Namun begitu, saya telah ditukarkan kepada kategori pembentangan lisan yang bersifat lebih formal selepas ada pembentang yang menarik diri. Saya hanya memerlukan slaid persembahan Power Point untuk tempoh pembentangan selama 10 minit. Tambahan 5 minit sekiranya ada sesi soal-jawab.

Saya memilih untuk membentangkan Teknik GriDot yang telah saya pertandingkan dalam pertandingan inovasi pada tahun ini. Boleh lihat page Inovasi GriDot pada blog ini sekiranya berminat untuk melihat denan lebih jauh dan mendalam.




Pelekat kereta untuk para pembentang

Senarai pembentang. Semuanya hebat-hebat. Ramai yang bergelar Dr. Terasa kerdil pula diri ini. 
Saya yang dalam proses menimba ilmu dan pengalaman...
Rasa gembira dapat buat pembentang di seminar kebangsaan ini. Dapat pula artikel masuk prosiding.




Foto persiapan oleh pihak pengelola dan pengajur yang dihantar oleh rakan saya, Fasilinus PPD Hilir Perak, Haffiz.

Foto buku prosiding (juga dikongsikan oleh Haffiz).


Aturcara sepanjang seminar:
Ucaptama

Ucaptama yang santai tetapi sangat informatif oleh Dr. Mazalan Kamis, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Darul Ridzuan (IRD).
Bagaimana guru perlu bersedia untuk menrelevankan PDPc supaya generasi yang dlahirkan dapat adaptasi dengan IR4.0 (Industrial Revolution) yang 'penuh dengan kejutan' dan mencabar.


Antara bahan yang dikongsikan


Foto terima sijil dan cenderahati sebaik sahaja selesai pembentangan.


Kutipan saya di seminar ini...





Bahan/slide pembentangan saya.






































Terima kasih pada rakan saya Haffiz yang beri info tentang seminar ini dan mencadangkan saya menyertainya. Haffiz adalah rakan sekelas saya di pengajian peringkat sarjana di UPSI. Kami sama-sama belajar Sarjana Pendidikan Matematik Sekolah Rendah.



Dari facebook ke blog...

Di seminar pendidikan kebangsaan semalam, ada juga pameran poster dan pameran inovasi.

Ummi the last presenter di Fever Fitness Room. Pukul 2 petang masuk bilik tersebut dan pukul 3.30 baru giliran Ummi. Selang masa dari pukul 11 hingga 1, Ummi manfaatkan dengan meninjau pameran poster dan pameran inovasi. 

Antara inovasi yang menarik ialah Magic Box, kertas daripada daun pandan dan banyak lagi. Nanti Ummi snap pamplet inovasi tersebut dan upload di blog.

So... hari ni, berkobar-kobarlah semangat untuk menambah baik inovasi-inovasi Ummi yang telah sedia dibuat ini. 
Tambah elemen bagi lebih Ummmmppphhh lagi....😋🤗😉

Kertas daripada daun pandan tu Ummi rasa boleh diinovasikan dengan sejenis daun lain yang memang 'confirm' bahagian daunnnya ramai orang buang saja. 

___________________________________________________
Tidak cukup masa pembentangan...😁

Masa pembentangan yang diperuntukkan ialah 10 minit pembentangan dan 5 minit untuk soal-jawab. Tapi... pembentang-pembentang di bilik Ummi ada extra lagi 5 minit untuk pembentangan kerana seorang pembentang tidak hadir. 

15 minit pun tak cukup juga...😅
Bukan Ummi saja, tapi peserta-peserta lain juga. 
___________________________________________________
Ummi tak guna mikrofon..
Bilik pembentangan tak berapa luas. Suara Ummi kan memang kuat.🙈
Setelah bertanya pada para hadirin, mereka setuju Ummi tak perlu guna mikrofon. Senang sikitkan Ummi nak 'hayun' tangan ke sana sini...😂. Konon...😝 

___________________________________________________
Sesi soal-jawab

Seseorang daripada PPD Sabak Bernam bertanya pada Ummi tentang konsep darab dan kali. 
Sebenarnya, bukan konsep tetapi istilah.
Ummi jawab istilah darab digunakan secara formal dalam buku teks, DKSP dsb. Istilah kali pula biasa digunakan dalam percakapan harian. Semasa mengajar, biasakan murid dengan kedua-dua istilah...

Beliau kata sepatutnya guna istilah kali sebab penggunaan darab ganda tiada, yang ada ialah kali ganda. 

Ummi cakap kali dalam kali ganda adalah dalam konteks yang berbeza. Beliau kurang puas hati.

Tak percaya?🤓

Darab melibatkan beberapa kumpulan objek dan bilangan objek dalam setiap kumpulan adalah sama banyak.
Ada 3 kotak. Setiap kotak ada 10 guli. Ada 30 guli kesemuanya. 

Tapi kali ganda melibatkan perbandingan dua/lebih kumpulan objek dan bilangan objek dalam setiap kumpulan adalah berbeza. Namun, tetap menggunakan operasi darab.

Contohnya:
Kotak A ada 10 guli. Kotak B ada guli yang bilangannya 3 kali ganda berbanding Kotak A. 
Sama tak bilangan guli dalam kedua-dua kotak?
Tak sama kan?
Tapi...masih guna operasi darab.



No comments:

Post a Comment