Pencerapan PdPc

Pada hari ini, 19 Julai 2018, saya telah dicerap oleh Mentor TIMSS & PISA dari JPN. Pemantauan yang bersejarah bagi saya. Dua pemantauan dalam satu hari; Matematik 1 Arif dan Matematik 2 Arif.

Saya kongsikan bahan-bahan bantu pembelajaran yang saya sediakan dan guna hari ini.
Bahan-bahan ini hanya untuk satu waktu PdPc (30 minit).


Mathematics Year 1
Topic: Money

Saya mulakan set induksi dengan menggunakan dua buah kereta mainan dan aktiviti penceritaan lisan. Di akhir cerita, murid menyatakan harga yang perlu dibayar untuk kedua-dua buah kereta. Penekanan diberikan pada operasi yang digunakan.
(Pupils said the total price is RM7. "How you get RM7?". Related and emphasized on addition)

Aktiviti 1
Murid duduk dalam kumpulan berempat.
Setiap kumpulan diberikan satu Kit Aktiviti Set A seperti di bawah.
Setiap ahli kumpulan akan mengambil satu kad gambar (Kad 1, 2, 3 atau 4).
Setiap ahli kumpulan mengira jumlah harga barang berdasarkan kad yang diambil dan menulis pada lembaran kerja yang disediakan.
Ahli-ahli kumpulan bertanggungjawab menyemak jawapan rakan mereka. Mereka akan memberitahu rakan yang berkenaan sekiranya jawapan yang ditulis tidak tepat dan membimbingnya untuk membuat pembetulan.
Kumpulan paling awal siap dengan jawapan yang 100% tepat akan diberi ganjaran.




Aktiviti 2
Murid masih kekal dalam kumpulan berempat.
Setiap kumpulan diberikan Kit Aktiviti Set B seperti di bawah.
Setiap ahli kumpulan memilih mana-mana dua item dan mengira jumlah harga bagi kedua-dua item yang dipilh. Setiap ahli menulis jawapan mengikut giliran.
Setiap kumpulan memastikan pilihan yang dibuat oleh setiap ahli mestilah berbeza antara satu sama lain.
Setiap ahli kumpulan menyemak jawapan rakan mereka untuk memastikan ia betul. Mereka membantu rakan yang menulis jawapan yang tidak tepat untuk mendapatkan jawapan yang betul.
 Kumpulan paling cepat siap dengan jawapan yang betul akan diberikan ganjaran.






Di bawah pula ialah bahan yang digunakan oleh murid-murid 2 Arif

Mathematics Year 2
Money (Create Story Based on Number Sentence of Addition involving Money)

Aktiviti 1
Aktiviti kelas.
Murid meneliti gambar yang dilekatkan pada papan tulis.
Semua murid menyumbang idea secara sukarela dalam aktiviti membina cerita berdasarkan gambar berikut. 
Guru menulis cerita yang terhasil. Murid membaca cerita yang telah siap dibina beramai-ramai.


Kad Gambar di bawah tidak sempat digunakan kerana kekangan masa.


Aktiviti 3
Murid duduk dalam kumpulan berempat.
Dalam kumpulan, murid duduk pula secara berpasangan.
Setiap kumpulan diberikan bahan aktiviti seperti di bawah.
Setiap pasangan dalam kumpulan membina satu cerita. Setelah siap, setiap pasangan akan bertukar kertas tugasan dan menyemak.
Kumpulan paling cepat menjawab dengan tepat  akan diberikan ganjaran. Kumpulan ini juga diminta membaca cerita yang telah dilengkapkan. 
Semua kumpulan diminta membaca cerita yang telah dilengkapkkan dan menyemak jawapan.





Murid dibimbing membuat rumusan Pelajaran.

Aktiviti-aktiviti kumpulan yang dijalankan juga menepati ciri pembelajaran abad ke-21 iaitu menggunakan strategi seperti Round Table. Antara kemahiran 4K yang diterapkan ialah komunikasi, kolaboratif dan pemikiran kritis.

Terima kasih kepada murid-murid 1 Arif dan 2 Arif atas kerjasama. Mereka menyiapkan tugasan dengan berdisiplin, tertib dan betul. Ia adalah sesuatu yang menggembirakan apabila murid tahun 1 dan 2 boleh menjalankan aktiviti berkumpulan dengan berdisiplin dan mencapai  objektif pembelajaran.

Ulasan pegawai pemantau kepada PK Petang

Mesej daripada pegawai pemantau. Hati rasa berbunga-bunga sebab dapat mesej daripada pegawai pemantau tadi.


No comments:

Post a Comment