Dadu BiMate


Pamplet Dadu BiMate



Permohonan mendapatkan hakcipta untuk Dadu BiMate telah dibuat pada 1 Oktober 2018 kepada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Permainan Dadu BiMate merupakan satu inovasi board game yang dihasilkan untuk menarik minat murid mempelajari dan menguasai konsep serta fakta asas dengan cara yang menyeronokkan.
Keempat-empat operasi asas ditekankan dalam inovasi Dadu BiMate iaitu:

  • Tambah
  • Tolak
  • Darab
  • Bahagi
Empat bentuk soalan melibatkan konsep dan fakta asas keempat-empat operasi diaplikasikan dimana ia terdiri daripada
  1. soalan ayat matematik
  2. soalan bergambar
  3. soalan dengan istilah-istilah tertentu
  4. soalan penyelesaian masalah
(Maklumat lanjut berkaitan inovasi BiMate boleh didapati dalam kertas kerja yang dilampirkan pada page ini.)

Dadi BiMate disediakan dalam dua versi bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (untuk memenuhi keperluan murid-murid kelas Dual Language Program-DLP)

Berikut adalah gambar-gambar Dadu BiMate versi Bahasa Malaysia.










Berikut adalah gambar-gambar Dadu BiMate versi Bahasa Inggeris.









Foto murid-murid bermain Dadu BiMate



Dadu BiMate disertakan bersama-sama manual penggunaan untuk rujukan para guru, murid dan ibu bapa.




Dadu BiMate dilengkapi dengan tagging dan medal. Tagging dipakai oleh setiap murid sepanjang permainan untuk menunjukkan peranan murid dalam permainan. Dalam setiap kumpulan, seorang murid akan bertindak sebagai Judge yang berperanan menyemak jawapan yang diberikan oleh setiap fighter. Setiap game memerlukan sekurang-kurangnya 2 orang fighter iaitu pemain.

Berikut adalah gambar tagging dalam Dadu BiMate.





Foto murid memakai tagging Dadu BiMate



Sebagai ganjaran kepada para pemenang, Dadu Bimate menyediakan medal seperti berikut:

Medal Dadu BiMate Tolak



Medal Dadu BiMate Tambah



Medal Dadu BiMate Darab



Medal Dadu BiMate Bahagi




Foto murid-murid bersama-sama medal yang dimenangi



Kad jawapan yang disediakan untuk kegunaan Judge adalah seperti di bawah:










Dadu BiMate akan menyertai pembentangan poster di ICSTEM/IPEX 2018 pada 2 dan 3 Oktober ini. ICSTEM kali Kedua ini merupakan kerja sama antara UTM dan KPM.
Penyertaan Dadu BiMate menerima subsidi sebanyak RM350 untuk pembayaran yuran penyertaan daripada KPM dan selebinya RM150 dibayar sendiri oleh saya.


Kertas kerja Dadu BiMate untuk IPEX 2018 disediakan dalam bentuk extended absrtact sepertimana yang ditetapkan oleh pihakt penganjur.

Capai kertas kerja IPEX 2018 Dadu BiMate menerusi pautan-pautan di bawah:



http://online.fliphtml5.com/kfso/ahrz/

Foto-foto sepanjang ICSTEM & I-PEX 2018


Ummi sebagai peserta ICSTEM. Terlupa nak ambil sijil penyertaan.


Walaupun ditulis participant (biasanya pembentang diberi tag presenter), Ummi membentangkan inovasi Dadu BiMate.








Bersama pembeli pertama


Rakan-rakan inovasi datang memeriahkan dan memberi sokongan. Siap beli Dadu BiMate. Perkenalan dari facebook (alam maya) ke realiti.
Semoga ada rezeki dan kesempatan untuk bertemu lagi.






Berjaya dapat Silver Winner. Sijil dan medal akan dipos oleh pihak penganjur. Harap-harap mereka pos sekali sijil penyertaan ICSTEM.
Terlupa sebab asyik fikir nak cepat-cepat sampai Ipoh untuk ambil anak-anak.

























No comments:

Post a Comment