International Conference

Assalamua'laikum dan salam sejahtera...

Saya sedang cuba menjinakkan diri dengan international conference, sebagai pembentang. Ia bermula dengan keperluan pengajian saya di peringkat Ph.D yang mensyaratkan setiap pelajar membuat pembentangan di international conference sekurang-kurangnya sekali sepanjang pengajian. Pembentangan di QRC 2018 anjuran UUM di Swiss Garden Hotel, Melaka merupakan pembentangan pertama saya. Cukup untuk memenuhi salah satu syarat pengajian.

Namun begitu, saya berharap ia bukan yang terakhir untuk saya. Bahkan, semoga akan datang lebih banyak peluang untuk membuat pembentangan di international conference terutamanya di luar negara juga. Mungkin boleh melangkah lebih jauh ke Indonesia sebelum ke negara-negara lain yang lebih jauh. Saya bercita-cita untuk membuat pembentangan di negara-negara di Eropah juga.

Catatan pengalaman ini ada yang saya tulis sebelum ke tempat persidangan dan ada yang sesudah itu. Dapat dilihat perubahan daripada perancangan saya iaitu apa yang saya jangkakan akan berlaku dengan apa yang betul-betul terjadi.

1. Qualitative Research Conference 2018 (UUM) di Swiss Garden Hotel, Melaka.

Kisah pengembaraan seorang pelajar Ph.D bergelar ibu merentas sempadan 3 buah negeri (Perak, Selangor, Negeri Sembilan) ke pembentangan peringkat antarabangsa yang pertama buatnya, bersama-sama empat anaknya, Bunyamin Mohd Yussof (11 tahun), Darwisy Mohd Yussof (10 tahun), Humaira Mohd Yussof (8 tahun) dan Huzaiman Mohd Yussof (5 tahun).

Seperti agak mencabar dan mengujakan. Buat pertama kali saya memandu untuk jarak yang agak jauh. Biasanya, paling jauh saya memandu ialah dari Ipoh ke Tanjong Malim (UPSI). Menjadi kebiasaan juga, saya ke mana-mana seminar, IIID, ITEX dan tempat-tempat lain dengan bertemankan suami. Namun kali ini suami tidak dapat menemani saya kerana beliau sedang berkursus di Port Dickson, Negeri Sembilan sebagai persediaan untuk ke Lubnan selama setahun (Malbatt).
Ujian daripadaNya. Saya pasti disebalik ujian ini, saya akan lalui pengembaraan pengajian saya yang indah walaupun mungkin adakala akan membuatkan saya sedikit risau dan melonjakkan paras adrenalin saya.

Mulanya, saya berfikir untuk tinggalkan anak-anak kepada sahabat yang sudi membantu. Jutaan terima kasih pada K. Imah (Pn Hajah Fatimah Zaharah) yang menyatakan kesudian untuk menjaga anak-anak saya sepanjang saya ke Melaka. Namun, suara-suara kecil ini merayu-rayu untuk ikut sama. Saya sendiri juga tidak dapat menafikan yang saya mahukan mereka bersama-sama saya. Darwisy dan Bunyamin boleh membantu saya melihat Map untuk menentukan arah perjalanan. Saya pernah ke Melaka hanya sekali sebelum ini iaitu semasa belajar di maktab (MPTAA), ke rumah seorang classmate, Ina (Noorhasrina Ibrahim). Sudah berbelas tahun...

Sahabat saya yang baik hati, K. Lenda (Haslenda Senin) menawarkan agar saya tinggal di rumah beliau. Saya sangat berterima kasih atas kebaikan hatinya. Namun, apakan daya... Agak jauh dari tempat conference. Tambah pula, saya membawa 'askar-askar' kecil saya... Semoga ada rezeki dan kesempatan untuk kami berjumpa.

Jadi... saya mengambil keputusan untuk tinggal di hotel di sekitar Melaka Tengah juga. Saya menempah sebuah apartment di booking.com untuk tempoh dua malam iaitu

The Wave Residence@Melaka Sea View, Malacca, Malaysia‎

Saya amat berpuas hati dengan apartment The Wave Residence. Anak-anak juga mengakui seronok dan selesa tinggal di sini. Mereka ulang pergi mandi kolam. 

Bila-bila ada kesempatan, saya akan melolos keluar dari tempat conference untuk menjenguk anak-anak saya di sini. Saya berpesan kepada mereka beberapa perkara berkaitan keselamatan. Ibu mana tidak risau tinggalkan anak-anak tanpa pengawasan orang dewasa. Cuma... saya agak yakin saya akan dapat banyak peluang untuk bersama-sama anak-anak. Waktu pembentangan saya sendiri sebetulnya pada hari Khamis, 11:00 hingga 11:20 pagi. 

Saya berdoa kepadaNya agar memudahkan urusan saya dan melihara kami sekeluarga sepanjang masa.

Dia yang Maha Berkuasa telah memberikan sebaik-baik pertolongan untuk saya dan anak-anak. Suami dapat cuti dan menunggu kami di Melaka. Perjalanan ini bukan lagi menjadi perjalanan ke persidangan semata-mata malah menjadi percutian singkat tapi bermakna buat kami. Anak-anaklah yang paling seronok dapat menjelajah Melaka.

Saya kongsikan di sini kertas kerja dan slide pembentangan saya di QRC 2018.

Kertas kerja

Klik di sini untuk mengakses kertas kerja saya

ATAU



Slide pembentangan

Klik di sini untuk ke slaid pembentangan

ATAU




Saya kadang-kadang rasa macam 'blank'. Jadi, saya back up dengan skrip. Skrip ini saya sengaja tulis dengan ayat-ayat yang tidak terlalu formal. Tapi... skrip ini tidak lengkap. Bahagian perbincangan dan kesimpulan saya tak masukkan. Kalau terjadi tiba-tiba saya terkedu tak tahu apa yang cakap, sekurang-kurangnya saya boleh baca skrip. Cuma kena pastikan juga intonasi biar menarik. Tapi... syukur saya tidak perlu menggunakan skrip ini.

Skrip Pembentangan

Gambar-gambar 'bersejarah' di tempat persidangan.

Kit pendaftaran: beg, buku abstrak, jurnal, buku nota dan pen


Sedang membuat pembentangan. 15 minit pembentangan dan 5 minit sesi soal-jawab. Saya pembentang pertama untuk sesi ketiga di Bilik 1.


Menerima sijil sebaik sahaja selesai sesi ketiga iaitu selepas keenam-enam pembentang membentangkan kajian masing-masing.


Bergambar beramai-ramai di Sky Garden Swiss Garden Hotel iaitu di tingkat 30.
Bilik-bilik pembentangan di tingkat 31.


Berswafoto bersama-sama penyelaras program (gambar paling depan).

Swiss Garden Hotel, Melaka

Bergambar dengan Optimus Prime dulu sebelum meninggalkan hotel



Bersama-sama puteri tunggal kesayangan





Seterusnya...

2. 3rd ICCIE International Conference on Current Issues in Education di Eastparc Hotel Yogyakarta

Saya akan ke Persidangan Antarabangsa di Yogyakarta pula. In syaa Allah...

Saya kongsikan dulu posternya. 
Cerita pengembaraannya akan menyusul nanti...



Persediaan ke conforence ini lebih mencabar. Saya belum pernah keluar negara termasuklah juga ke Indonesia. Sedikit demi sedikit saya mula mengumpul maklumat tentang Yogyakarta daripada Iftinan dari guest house yang saya book di booking.com. 

Antara yang saya belajar daripadanya pada hari ini ialah install app Go-Car untuk memudahkan saya mendapatkan khidmad teksi di sana nanti. Apa-apa hal yang bermain di fikiran saya, saya akan bertanya padanya. Beliau tidak mengambil masa yang lama untuk membalas setiap pertanyaan saya.
Saya berharap akan dapat lebih banyak lagi info menarik dan penting daripadanya supaya saya boleh memanfaatkan masa di sana dengan sepenuhnya. Harap dapat mencipta memori indah. In syaa Allah.

Setakat ini saya bercadang untuk membawa anak-anak bersama-sama. Hari ini 14.7.2018, saya mendapatkan pasport untuk diri sendiri dan anak-anak. Mereka teruja hendak ke Yogyakarta. Semoga ada rezeki mereka. Semoga Allah permudahkan setiap urusan kami. 
Seboleh-bolehnya, saya mahu jadikan pengalaman pengajian saya ini bukan hanya bermakna untuk diri sendiri bahkan untuk anak-anak juga. In syaa Allah.

Bagi saya, Jabatan Imigresen Malaysia patut dipuji. Prosedur mendapatkan pasport sangat mudah. Cukup dengan membawa mykad yang asal dan 1 salinannya untuk orang dewasa dan surat beranak yang asal serta 1 salinannya untuk kanak-kanak. Perkara-perkara selebihnya diuruskan oleh petugas di kaunter. Petugas di kaunter 8 Pejabat Imigresen di UTC Ipoh tadi mesra pelanggan. Saya berurusan dengan selesa.

14.07.2018: Hotel dah di'book' di Yogyakarta, Eastparc Hotel. Bilik di hotel yang sama dengan tempat konferens. Rasa lebih senang hati saya nak tinggalkan anak-anak di bilik kerana berada di hotel yang sama. Mula-mula, saya book sebuah guest house. Risik punya risik, 30 minit dari hotel tempat konferens. Macam jauh je... tambah pula tak dapat bayangkan suasana di sana. Fikir panjang Ummi macam mana nak tinggalkan anak-anak nanti ketika konferens berlangsung. 

Survey dan terus survey, rasa macam lebih baik Ummi book bilik di hotel Eastparc ni. Saya ambil deluxe twin room. Bagi Ummi harganya sangat berpatutan untuk hotel 5 bintang. 

Tinggal lagi nak book flight ticket. Kena tunggu pagi esok, tunggu pasport anak-anak siap. 

Seboleh-bolehnya saya nak bawa anak-anak ke setiap konferens, ke mana-mana saja. Semoga Allah memakbulkan hasrat Ummi ini dan memudahkan urusan kami.

Cuma di Bandung nanti bulan 10, mungkin tak dapat bawa anak-anak sekali kerana saya akan pergi bersama-sama 'delegasi' UPSI. Penginapan dan pengangkutan diuruskan oleh UPSI.

Semoga setiap konferens memberi makna dan kenangan indah bukan hanya pada saya tapi pada anak-anak juga. Aamiin.


Foto Twin Deluxe room yang diambil dari google

Lihat foto bilik hotel ini, anak-anak sudah teruja hendak ke sana. Nanti... kita tanya petugas hotel tentang tempat-tempat menarik yang berdekatan untuk kita jelajahi.

Bunting konferens

Buku abstrak. Tebalkan buku abstraknya? Satu konferens yang besar...

Tag 'Presenter'

'Presentation' Ummi untuk 'paper' pertama


'Presentation' Ummi untuk 'paper' kedua

Ballroom hotel. Menunggu majlis pembukaan yang seterusnya diikuti oleh 'presentation of keynote speakers'

Lain konferens lain caranya. 4 'presenter' dalam setiap 'sub session'

 Gambar kenangan di 3rd ICCIE Yogyakarta 2018

Saya sangat berpuas hati 'stay' di Hotel Eastpark. Hotel dengan 'seribu senario'. Sarapan pagi yang pasti dikenang sampai bila-bila. Menu yang sangat kaya lagi enak. Saya kongsikan gambar di tempat makannya.

Ruang minuman herba dan rempah ratus

Bahagian pastri dan pencuci mulut

Bahagian buah-buahan. Buah salaknya bersaiz besar.

Kaunter pelbagai juadah telur dan sudut menu tradisi

Antara menu yang saya makan ketika sarapan hari kedua. Tak termakan kesemua menu yang ada. Dalam gambar ini tak sampai 30% daripada kepelbagaian menu yang tersedia

Siomay, salah satu makanan tradisi di sini.

Kuih tradisional mereka. Yang ada 'flag' ni paling terkenal. Namanya bakpia. Saya cuba perisa mocha. Di bilik hotel juga mereka ada berikan 2 kotak kecil (sekotak ada 6 biji) bakpia pelbagai perisa.

Dalam bilik hotel. Semuanya tersedia. Peti ais siap berisi. Antaranya minuman teh bunga. Sangat wangi. 

Balkoni bilik kami.

Pemandangan dari balkoni bilik kami.



Sebuah hotel, seribu panorama






Saya membaca slaid 'presentation' sambil memerhati anak-anak mandi kolam


Ingin mencuba makanan tradisi yang popular di sekitar kawasan Hotel Eastparc. Saya meminta cadangan daripada petugas hotel. Cadangannya membawa kami ke Nasi Ayam Suharti. Sedap ayam gorengnya yang ala-ala ayam penyet. Cuma anak-anak teruja melihat ayam tersebut masih berkepala. Jus mangganya juga segar dan enak


Ke Malioboro.
Tempat yang sangat menonjolkan tradisi orang Yogyakarta. Deretan kedai menjual batik dan barang kraf dengan alunan nyanyian tradisional mereka.
Kami naik kereta kuda pusing sekitar Malioboro. Anak-anak teruja sangat nak naik. Bayaran sepadan dengan jarak perjalanan.

Bilik Hotel Pop di Jakarta, tempat kami bermalam sebelum meneruskan perjalanan pergi ke Yogyakarta


Dalam penerbangan dari KLIA ke Soekarno Hatta di Jakarta. Penerbangan pergi balik kami menggunakan perkhidmatan Garuda Airlines..

Bergambar di KLIA


Alang-alang terbang jauh...
Saya bentang 2 'paper' sekaligus. Rakan-rakan baru saya dari universitas di sana menyatakan kekaguman mereka kerana... satunya, saya bentang dua 'paper' dan keduanya, saya datang dari jauh dengan membawa bersama empat orang anak.

Berikut kertas kerja yang saya tulis dan akan diterbitkan dalam prosiding atas talian oleh pihak penganjur.

Berikut pula slaid persembahan powerpoint saya.
10 slaid lebih daripada memadai untuk tempoh 'presentation' yang diberikan selama 10 minit.

Berikut adalah slaid persembahan bagi 'paper' pertama saya.




Berikut pula adalah slaid persembahan bagi 'paper' kedua saya.





Seterusnya....

Dua konferens di Bandung bulan Oktober nanti...
Di Hotel yang sama cuma berbeza hari, 8 dan 9 Oktober 2018.

3. The 8th UPI-UPSI International Conference




Dari Facebook...
Waaaa...
Cepat bertindak mereka ni 👍👍👍👍👍
Ummi baru je submit abstrak baru sekejap tadi. Terus dapat emel maklum balas daripada mereka.
Ummi nak tukar paper. Semasa Ummi submit abstrak yang dulu, Ummi belum dapat surat pengesahan untuk present di Yogyakarta. Masa tu, Ummi submit abstrak yang sama Ummi hendak present di Yogyakarta.
Memandang present di Yogyakarta telah menjadi kenyataan dan telah pun berlangsung baru-baru ini, Ummi fikir Ummi perlu tulis dan submit paper baru untuk international conference di Bandung.
Macam Ummi cakap hari tu, alang-alang terbang jauh, Ummi nak present 2 paper. Sebenarnya ia bermula dengan Ummi tersilap hantar abstrak ke konferen satu lagi😅. Ummi anggap ini rezeki daripadaNya.
Dua international conference di Bandung nanti...
1. The 8th UPI-UPSI International Conference
2. 2nd ICES International Conference on Educational Science
Yang no.2 ni pun Ummi nak tukar paper. Nak hantar tentang kemahiran 4K (ummi ada share soal-selidiknya di facebook beberapa minggu lalu).
Rasanya, cukuplah dulu Ummi membuat pembentangan di international conference untuk tahun ini.
Ummi nak pause dulu setakat international conference di Bandung ni.

4. 2nd ICES International Conference on Educational Sciences




4. International Conference of Future Education and Advance (ICOFEA) 2018
56 Hotel, Kuching, Sarawak

Pertama kali menjejakkan kaki di Bumi Kenyalang.
Seperti biasa, saya bawa bersama-sama askar-askar kecil saya. Kami menginap di 56 Hotel supaya mudah bagi saya menjenguk anak-anak di bilik.
Kami tiba di Kuching pada 28 November 2018 dan tinggal sehingga 1 November. Saya present pada 29 November.
Seperti biasa, menyelam sambil minum air. Konferens sambil bercuti. Tapi kami sempat berjalan-jalan di sekitar Kuching sahaja.

Artikel kali ini pula menyerlahkan pembelajaran aktif dan masih lagi berkaitan PAK21.

Saya sertakan di sini slaid persembahannya untuk dijadikan bahan rujukan.














5. International Conference on Kaizen in Management, Education, Social Science and Technology (ICKMEST) 2018
di Kaizentrenovation, Tanjong Malim.

Berikut adalah slaid persembahannya.

























Ini adalah konferens antarabangsa yang terakhir buat saya untuk tahun ini.

International conference yang dihadiri pada 2019.

6. International Conference on Islamic Research in Management, Education, Social Science and Technology (ICIRMEST) 2019 di Kaizentrenovation, Tanjong Malim, Malaysia.
Berikut adalah slaidnya:



7. International Conference kedua yang saya hadiri sebagai pembentang pada tahun 2019 ialah International Conference on Entrepreneurship, Management, Education, Social Science & Technology (ICEMEST) 2019 di Kaizentrenovation, Tanjong Malim, Malaysia.
Saya membentangkan dua artikel di ICEMEST 2019.





8. International Conference ketiga bagi tahun 2019 pula berlangsung berhampiran rumah kami saja iaitu di Casuarina@Meru, Meruraya, Ipoh, Perak, Malaysia. International Conference on Education & Teacher Development (ICETD) 2019 anjuran IPGM dan IPG Kampus Ipoh.
Kali ini pun saya membentangkan dua artikel. Terima kasih kepada pihak IPG Ipoh yang tidak mengenakan yuran untuk artikel kedua saya.





9. Seterusnya, kami terbang merentas Laut China Selatan untuk Labuan International Conference on Educational Research (LICER) 2019 di Tiara Labuan Hotel, Labuan, Malaysia. Lagi dua artikel dibentangkan pada LICER 2019.





10. Saya menyambut permulaan cuti akhir tahun persekolahan dengan membuat pembentangan di International Conference in Islamic Civilization and Technology Management (ICTM) 2019 di Paya Bunga Hotel, Kuala Terengganu, Malaysia.

Walaupun artikel saya berkaitan pendidikan di sekolah rendah dan mereka umumnya dari latar belakang bukan kajian pendidikan, pernyampaian saya menarik mereka untuk perbincangan lanjut yang lebih berbentuk perkongsian pandangan secara santai tambah pula keputusan UPSR baru saja diumumkan ketika ini.



11. ICOFEA 2019, International Conference of Future Educations & Advances di Miri, Sarawak menutup pembentangan saya di International Conference bagi tahun 2019.
Semasa ICOFEA 2019 juga, saya berpeluang menyertai Educational Trip ke Brunei pada 5 Disember 2019.
Paling istimewa di ICOFEA 2019 ini, setiap pembentang menerima sehingga 3 sijil iaitu sijil kehadiran sebagai peserta, sijil pencapaian sebagai pembentang dan sijil keahlian MAsREE.



Berikut pula adalah senarai artikel yang saya tulis, telah dibentang atau diterbitkan setakat ini.












No comments:

Post a Comment