INOVASI: TEKNIK GriDot PINTAR

Saya telah mempertandingkan inovasi ini di Pertandingan Guru Inovatif Negeri Perak 2017 dan mendapat Pingat Perak.




Inovasi ini mendapat maklum balas yang memberangsangkan daripada pelawat-pelawat yang hadir sama ada ibu bapa atau murid kerana teknik GriDot telah mengupayakan murid menjawab fakta asas bahagi dengan betul bagi kesemua 16 soalan yang diberikan.

Seorang pengunjung berusia 9 tahun berjaya melengkapkan fakta asas bahagi  merangkumi sifir 2 hingga 9 dengan skor 16/16 menggunakan Teknik GriDot.

Pembantu saya, Bunyamin bin Mohd Yussof, 10 tahun memberi penerangan dan tunjuk cara kepada pengunjung yang hadir. 
Ramai mengunjung dewasa memuji penyampaian oleh Bunyamin. Jelas dan mudah difahami seperti penerangan oleh seorang guru, kata mereka.
(Ummi bangga dengan Amin. Terima kasih kerana membantu Ummi di pertandingan ini)


Pendahuluan









Poster bagi inovasi yang dihasilkan




Klik link di bawah untuk melihat kerja kerja lengkap yang telah disediakan.
Kertas Kerja Inovasi GriDot Pintar

TUTORIAL TEKNIK GRIDOT PINTAR DARAB



MODUL TEKNIK GRIDOT PINTAR DARAB




TUTORIAL DAN MODUL TEKNIK GRIDOT PINTAR BAHAGI



1 comment:

  1. assalamualaikum cikgu.izinkan saya menggunakan kaedah ini kepada murid.
    terima kasih atas perkongsian.moga cikgu dipermudahkan segala urusan :)

    ReplyDelete