Thursday 13 December 2012

Miskonsepsi Masa dan Waktu (2)


Kesukaran:
Menyatakan nama bulan dalam setahun di kalangan murid Tahun 1.
Contoh soalan:
Senaraikan nama bulan yang terdapat dalam setahun dengan melengkapkan petak-petak diberi.


Kesalahan yang dilakukan:
Biasanya terdapat ramai murid tahun 1 tidak mampu menyenaraikan kesemua 12 nama bulan dalam setahun dengan betul.

Penyelesaian yang sepatutnya:
Menamakan semua bulan dalam setahun seperti berikut:
1. Januari
2. Februari
3. Mac
4. April
5. Mei
6. Jun
7. Julai
8. Ogos
9. September
10. Oktober
11. November
12. Disember

Langkah penyelesaian:

1. Murid yang belum tahu diminta mencari maklumat tentang bulan kelahirannya sendiri dengan bertanya kepada ahli keluarga pada hari sebelumnya.
2. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil. Setiap ahli kumpulan dilekatkan dengan nombor 1 hingga 6.
3. Setiap ahli kumpulan bergerak ke kumpulan baharu mengikut nombor yang dilekatkan tadi. Murid diminta bertanya kepada rakan-rakannya dalam kumpulan baharu tentang bulan kelahiran mereka dan mencatatnya pada sekeping kertas yang disediakan (Rujuk Lampiran 2).
4. Semua murid kembali ke kumpulan asal dan membentangkan hasil dapatan masing-masing. ketua kumpulan menyenaraikan semua bulan yang dapat dikumpul oleh ahli-ahli kumpulannya. Setiap kumpulan diberikan satu kalendar lengkap dari bulan Januari hingga Disember untuk dibandingkan dengan jawapan mereka (Rujuk Lampiran 3). Ketua kumpulan melaporkan hasil dapatan mereka.
5. Murid diminta menyebut dan mengeja nama setiap bulan secara berulang kali.
6. Murid diajarkan lagu dibawah supaya mereka boleh mengingati turutan bulan-bulan ini dengan lebih mudah:

7. Murid melengkapkan lembaran kerja mengandungi soalan seperti contoh diatas secara individu.
Aktiviti sebegini dipilih bagi membolehkan murid meneroka sendiri nama-nama bulan yang ada supaya mereka boleh mengingatinya dengan lebih baik. Menghafal turutan bulan dengan cara menyanyi dapat menarik minat murid dan membantu murid mengingatinya dengan lebih berkesan.

LAMPIRAN 2

LAMPIRAN 3


No comments:

Post a Comment