Tuesday 11 December 2012

Konsep Darab

Bagi sesuatu operasi darab, perlu kita ingat bahawa penulisan angka yang mewakili bilangan kumpulan perlu ditulis Di sebelah kiri manakala bilangan ahli dalam kumpulan perlu ditulis di sebelah kanan.
Bagi penulisan ayat matematik pendaraban yang melibatkan suatu nilai ukuran, nombor yang tidak berunit akan ditulis disebelah kiri manakala nilai ukuran akan ditulis di sebelah kanan.Ini bersesuaian dengan kosep di atas.
Walau bagaimanapun, bagi penulisan dalam bentuk lazim pendaraban yang melibatkan suatu nilai ukuran, nilai ukuran tersebut akan ditulis di bahagian atas manakala angka tanpa unit ditulis dibawahnya. Ini adalah bagi memudahkan pengiraan dibuat.
Perlu diingat bahawa ayat matematik adalah berkait dengan konsep manakala bentuk lazim berkait dengan prosedur.
Penerangan secara visual adalah seperti di bawah:




No comments:

Post a Comment