Kad ini digunakan dengan cara 'manik-maniknya' digunting satu persatu dan di'laminate' untuk penggunaan jangka panjang. 'Manik-manik' tersebut boleh dilekatkan pada kad tiang dekak-dekak bagi mewakili nombor-nombor yang hendak ditambah. Bagi penambahan dua nombor tiga digit, dua warna manik yang berbeza akan digunakan seperti dalam contoh yang diberi.
Berikut adalah dua kaedah membundarkan nombor. Walau bagaimanapun, kedua-duanya adalah merujuk kepada Rajah 'roller coaster' yang diberikan untuk memudahkan lagi pemahaman murid.
Pelajaran 2: Menyebut nombor bulat empat digit berdasarkan nombor plat kenderaan yang diberi. Aktiviti susulan ialah murid menyebut nombor plat kenderaan yang diketahui dan murid lain menulis nombor plat tersebut dalam bentuk angka pada papan tulis.