Matematik Tahun 3
Lembaran kerja tahun lepas untuk Matematik Tahun 3. Mencabar sedikit kerana murid perlu bina nombor empat digit dengan syarat-syarat tertentu.
Daripada nombor yang dibina, murid menjawab soalan-soalan.
Risikonya... jika nombor yang dibina tidak menepati syarat, maka kesemua jawapan akan salah. Setiap ahli dalam kumpulan perlu memastikan nombor-nombor yang dibina menepati syarat diberi.

PAK21...
Boleh buat gallery walk. Jawapan setiap kumpulan dipamerkan. Ahli kumpulan menyemak dan menilai hasil kerja kumpulan lain.
Murid juga akan dapat melihat kepelbagaian jawapan kerana perbezaan nombor 4 digit yang dibina.

Aktiviti ini juga dapat melatih murid membina keyakinan menjawab item KBAT.
Selalu sangat jumpa, belum habis baca soalan, belum dengar arahan dengan lengkap, murid dah menjerit..."Cikgu...saya tak faham..."
Sebenarnya bukan tak faham... tapi kurang keyakinan diri dan terlalu bergantung pada guru untuk dapatkan jawapan.

Semua plat kereta CR sebab Bunyamin Mohd Yussof minat Christiano Ronaldo😂.
No comments:
Post a Comment