Kesukaran:
Menyebut dan menulis waktu
dalam jam dan setengah jam dengan menggunakan jam analog di kalangan murid
Tahun 1.
Murid tidak dapat melukis
dengan tepat kedudukan jarum jam bagi waktu yang melibatkan setengah jam. Ramai
murid yang menganggap kedudukan jarum jam adalah sama antara waktu dalam jam dengan waktu dalam setengah
jam.
Contoh
soalan:
Lukiskan jarum jam dan minit bagi waktu yang
diberi.
Kesalahan
yang biasa dilakukan oleh murid.:
Penyelesaian
yang sepatutnya:

Langkah
penyelesaian:
1. Guru menegaskan bahawa apabila jarum
minit bergerak, jarum jam juga bergerak cuma dengan kadar yang lebih perlahan.
Pada pukul 2, jarum jam menunjukkan tepat pada angka 2. Namun apabila jarum
minit terus bergerak, jarum jam juga akan bergerak menghampiri angka 3. Apabila
jarum minit menunjukkan setengah iaitu pada angka 6, jarum jam juga akan berada
di tengah-tengah di antara angka 2 dan angka 3.
2. Untuk membantu murid memahaminya secara
konkrit, murid diberi peluang meneroka sendiri kedudukan jarum jam dan minit
bagi waktu yang dinyatakan dengan memanipulasi jam sebenar yang disediakan oleh
guru. Dengan ini murid dapat melihat adanya perkaitan antara pergerakan jarum
minit dan jarum jam.
3. Setelah murid dapat menunjukkan
kedudukan jarum jam dan minit yang betul bagi setiap waktu yang dinyatakan
dengan menggunakan jam sebenar, barulah murid diberikan latih tubi melukis
jarum jam dan minit pada muka jam. yang dilukis
LAMPIRAN
Lukis
jarum jam bagi waktu yang dinyatakan.
Tk krn dpt berkongsi idea.
ReplyDelete