Beri murid peluang membina sendiri nombor-nombor, misalnya nombor 4 digit untuk Tahun 3. Daripada nombor-nombor yang dibina janakan aktiviti-aktiviti lain seperti
- menulis nombor tersebut dalam perkataan
- mencerakinkan nombor tersebut mengikut nilai digit dan nilai tempat
- membundarkan nombor tersebut kepada puluh, ratus, ribu, ..., terdekat
- membina rangkaian nombor dengan pola tertentu bermula daripada nombor tersebut
- menyatakan nombor sebelum dan selepas nombor tersebut
No comments:
Post a Comment