Showing posts with label menulis nombor dalam perkataan. Show all posts
Showing posts with label menulis nombor dalam perkataan. Show all posts

Wednesday, 3 January 2018

Kaedah Label Tempat dan Abai

Kaedah ini saya hasilkan untuk membantu murid-murid saya yang menghadapi masalah menulis nombor dalam perkataan. Walaupun kaedah ini saya gunakan untuk menulis nombor 4 digit dalam perkataan kerana murid saya berada di Tahun 3, namun ia juga boleh diaplikasikan kepada murid Tahun 2, 4, 5 dan 6 untuk nombor dengan bilangan digit yang lebih banyak.




Kenal Pasti Kelemahan Murid dalam Kemahiran Menulis Nombor dalam Perkataan

Hendak tahu sama ada murid-murid Tahun 3 betul-betul menguasai SP menulis nombor 4 digit dalam perkataan, cuba beri nombor-nombor seperti ini iaitu nombor-nombor yang mempunyai digit bernilai sifar. Majoriti murid berupaya menulis nombor 4 digit dalam perkataan dengan tepat jika setiap digit mempunyai nilai. Namun begitu, apabila ada digit yang bernilai sifar, murid mula keliru dan miskonsepsi.



1. 1005
2. 2011
3. 3400
4. 4508
5. 5069
6. 6040


Antara kesilapan murid yang telah dapat dikenal pasti ialah:
i.  Menulis 2011 sebagai Dua puluh ribu sebelas
ii. Menulis 4508 sebagai Empat puluh lima ribu lapan atau Empat ratus lima puluh lapan

Bagaimana hendak mengatasinya???

Saya perkenalkan Kaedah Label Tempat dan Abai bagi membantu murid-murid saya yang menghadapi masalah ini. Berikut adalah penerangan tentang kaedah ini...