Wednesday 3 January 2018

Bina Nombor Menggunakan Dadu


Matematik Tahun 3: Nombor dalam lingkungan 10 000

Mari galakkan murid menjadi pembelajar aktif. Beri murid peluang belajar secara bermakna dengan membina sendiri nombor-nombor 4 digit melalui aktiviti balingan dadu. Aktiviti ini juga sesuai diaplikasikan untuk nombor 5 digit dan seterusnya.




Dari Facebook ke Blog...

PdPd Pertama Matematik 3 Arif 2018.
PAK21... round table dan presentation.
Bina nombor 4 digit daripada balingan dadu.
Murid duduk dalam kumpulan berempat atau bertiga. Setiap kumpulan diberikan satu dadu dan sekeping kertas.
Pada kertas, murid tulis
No. Nama Angka Perkataan
1.
2.
3.
4.
Setiap ahli dalam kumpulan membuat 4 kali balingan untuk membina satu nombor 4 digit dan menulis nombor yang dibina dalam angka juga perkataan.
Kesemua kumpulan membentangkan hasil kerja.
Lebih daripada 30 nombor berbeza diperolehi dalam satu sesi pdpc.
Pada awal pdpc, Ummi uji dulu fakta asas tambah mereka. Belum fluent lagi. Kena buat sesuatu.
Ummi nak buat projek "Rakan Bijak Fakta Asas". Murid akan berkerja secara berpasangan. Ia dilakukan di luar waktu pdpc. Waktu murid ada kelapangan, misalnya pada tengah hari sebelum kelas bermula.
Harap-harap dapat bantu murid tingkatkan kelancaran fakta asas +,-,× dan bahagi. Kena sediakan bahannya dulu... in syaa Allah.
Kan Ummi dah kata... pdpc tahun ini tak akan sama dengan tahun lepas kerana pasti ada perubahan pada aktiviti pdpc yang dijalankan. Mana mungkin mengajar dengan cara yang sama sepanjang perkhidmatan.
Seni dan kreativiti pengajaran perlu dikembangkan...














No comments:

Post a Comment